Borang Penilaian Kendiri Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor

Setelah mengikuti program ini saya berasa lebih yakin dan berazam dalam mengejar cita-cita saya sebagai seorang doktor. Berikut adalah sebab dan penjelasannya:
1. Saya menyukai sifat pekerjaan doktor yang berorientasikan manusia. Dugaan saya terhadap cara doktor berkomunikasi, bergaul dan memesrai pesakitnya amat dekat dengan realiti sebenar yang diperhatikan ketika mengikuti program ini. Oleh itu, program ini telah menambah keyakinan saya untuk menjadi seorang doktor yang mesra pesakit.
2. Doktor perlu menggunakan ilmu mereka secara dinamik dan inovatif. Ketika lawatan ke A&E, saya kagum melihat ketenangan staf hospital dan bagaimana mereka menstabilkan keadaan pesakit berkat ilmu, pengetahuan dan keadaan semasa. Betapa menarik sekiranya saya diberi peluang bekerja sebegitu.
3. Saya amat kagum melihat semangat berpasukan dan kerjasama sesama staf hospital sewaktu lawatan saya. Saya inginkan persekitaran pekerjaan sebegini sesungguhnya ia dapat membina jati diri, sifat toleransi serta meningkatkan professionalisme kita.
4. Wujud keinginan dan tanggungjawab mengubati serta melegakan pesakit dalam hospital. Diperhatikan bahawa pesakit yang datang ke hospital adalah lemah, tidak bermaya dan tidak bersemangat. Pada pendapat saya kerjaya kedoktoran adalah cara yang paling baik untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik tersebut sesungguhnya satu senyuman atau pil ubat mampu melegakan pesakit.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak JPA dan Hospital Pulau Pinang atas program yang menarik ini serta layanan mesra mereka sepanjang program ini dijalankan.

Sue me for lying, but that’s the most frank and honest self-evaluation I can manage.

Copyright JYSim 2006.

2 Responses to “Borang Penilaian Kendiri Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor”

  1. - KeeWai'NS - Says:

    well…lies will make u die faster….but,for the sake of JPA scholarship,who cares?

  2. Khang Ning Says:

    well..my fren, i believe u really hav those interest to b a doctor..n dn think u lie much actually..Gd Luck n All the Best!!!

Leave a Reply